1. Warna Inai Mengikut Kulit
Tahukah anda bahawa warna inai bergantung kepada jenis kulit dan suhu
badan si pemakainya. Kalau pemakainya berkulit putih melepak, warna
inai akan menjadi jingga bercampur kemerahan. Kalau pemakainya berkulit
kuning langsat, maka warna inai akan cenderung menjadi lebih gelap. Jika
pemakainya memiliki kulit hitam-hitam si tampuk manggis, warna inai
akan menjadi merah seperti darah beku atau merah hati.
2. Memiliki Warna Inai yang Kekal
Bayangkan anda telah memakai inai dan berharap hasilnya membanggakan
tetapi yang anda dapat hanya warnanya yang pudar.Tentu kecewa. Aturkan
cara pemakaian inai yang betul. Sebelum memakai inai, pastikan jari
jemari anada bersih dari cela dan kekotoran. Selepas inai sudah kering,
elakkan daripada mencuci dengan air sebaliknya pilih sapuan minyak bayi.
Jangan pula merendam tangan di dalam sabun atau peluntur. Itu juga
memudarkan warna inai.
3. Waktu yang sesuai.
Biasanya inai dipakai beberapa hari sebelum majlis perkahwinan. Sebab
itu adat melayu mengkhususkan malam berinai. Pastikan memakai inai 2-3
hari sebelum hari bahagia anda. Jangan pakai inai terlalu singkat kerana
ianai mengambil masa untuk kering dan tampak emerahan. Sekurang-kurang 2
jam, masa yang minimum untuk pemakaian inai.
4. Teknik Menanggalkan Inai
Jangan membuka inai dengan kasar, sebaliknya kopek secara
perlahan-lahan. Jika masih melekat, gunakan tisu kering. Lapkan dengan
tisu atau tuala dengan hanya menekan di tempat pemakaian inai. Jangan
pula kosong terlalu kuat kerana takut inai itu pudar. Teknik ini
digunakan untuk bakal pengantin yang merias corak inai di tangannya.
5. Memilih teknik tradisional
Ini pengantin lebih senang memakai inai tiub. Namun kembali kepada
teknik tradisional juga boleh mendapatkan hasil inai yang cantik. Ambil
daun inai dan jemur sehingga kering. Tumbuk sehingga hancur dan lumat
bersama gambir, arang dan nasi (untuk membuat inai melakat di jari).
Gumalkan campuran tersebut mengikut bentuk jari anda. Pemakaian inai ini
memerlukan masa semalaman. Tetapi hasilnya memang mengagumkan!
No comments:
Post a Comment